PETALING JAYA – Sebanyak enam negeri diramal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 7 malam ini susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sebentar tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat adalah Perak membabitkan daerah Kuala Kangsar.
Selain itu, di sebelah Pantai Timur, hujan lebat berserta ribut petir tertumpu sekitar Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Lipis dan Bera).
“Bagi negeri Selangor pula, cuaca buruk bagi tempoh sama melibatkan Gombak dan Hulu Langat, manakala keadaan sama turut dilaporkan melanda Kuala Lumpur.
“Di negeri sembilan hanya melibatkan Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














