fbpx
Saifuddin (tengah) menyantuni klien Puspen pada Majlis Bersahur Sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri di Puspen Bachok, Bachok hari ini.

Lebih 1,500 klien serah diri ke Puspen di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Lebih 1,500 daripada 6,000 klien yang ditempatkan di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara datang secara sukarela untuk menjalani pemulihan dadah di pusat tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, klien yang datang secara sukarela ke Puspen tidak akan mempunyai sebarang rekod jenayah selepas tempoh dua tahun menjalani tempoh pemulihan.

Menurutnya, buat masa ini, tahap keberkesanan program pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Puspen mencecah hampir 80 peratus berdasarkan kepada statistik pengulangan klien masuk semula ke pusat tersebut selepas sesi pemulihan.

“Setakat ini, lebih 1,500 klien lelaki dan wanita datang secara sukarela untuk menjalani pemulihan di Puspen. Daripada jumlah itu, seramai 17 daripada 141 klien di Puspen Bachok datang tanpa sebarang paksaan.

“Setakat ini, tiada sebarang had umur ditetapkan untuk mereka datang secara sukarela ke Puspen. Apabila individu itu sedar dia terlibat dengan dadah, keadaannya berbeza dengan penagih yang menyalahgunakan bahan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersahur Sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri di Puspen Bachok di sini hari ini.

Saifuddin memberitahu, AADK meneruskan pemantauan kepada klien selepas tamat pemilihan melalui dua kaedah itu mereka ditempatkan di dalam institusi dan komuniti.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan klien tamat sesi pemulihan, lebih 6,000 individu berada dalam institusi manakala 50,000 hingga 60,000 berada dalam komuniti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN