JENAMA makanan haiwan peliharaan bertaraf antarabangsa, SmartHeart dengan bangganya memperkenalkan SmartHeart Pet Buddies, satu karakter baharu yang meraikan keunikan personaliti, emosi dan ikatan istimewa antara haiwan peliharaan dengan manusia.
SmartHeart Pet Buddies diperkenalkan dalam satu acara yang berlangsung di Lot 10 Entrance di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac bermula 10 pagi hingga 10 malam.
Kemunculan sulung SmartHeart Pet Buddies di lokasi tersebut juga telah mencipta satu detik bersejarah apabila turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Pengiktirafan MBOR disampaikan atas kejayaan SmartHeart menghasilkan karya seni setem getah terbesar di Malaysia.
Selain itu, pelancaran tersebut menandakan detik baharu dalam perjalanan SmartHeart, yang menitik berat dan meraikan kasih sayang, persahabatan, serta komitmen dalam menyediakan produk nutrisi berkualiti dalam penjagaan sepanjang hayat untuk haiwan peliharaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect Companion Group, Kanoknart Numpacharoen berkata, pengiktirafan MBOR juga merupakan satu langkah membangunkan jenama mereka di pasaran.
“Ia melambangkan komitmen kami untuk menjadikan pelancaran ini bermakna dan berimpak, di samping mewujudkan pengalaman bersama yang boleh dibanggakan oleh peserta dan pelanggan.
“Selain itu, kami juga mahu pengguna lebih mengenali jenama SmartHeart,” katanya.
Di SmartHeart, mereka percaya haiwan peliharaan lebih daripada sekadar teman dan SmartHeart Pet Buddies diwujudkan untuk mencerminkan kepelbagaian personaliti haiwan peliharaan sambil mengukuhkan ikatan emosi antara mereka dengan manusia.
Malah, melalui Pet Buddies, secara tidak langsung, SmartHeart menghidupkan pemahaman terhadap haiwan peliharaan dengan cara yang mesra dan mudah didekati.
Ini kerana menjaga haiwan peliharaan bermakna memahami mereka,menyokong mereka dan berkembang bersama sebagai sahabat terbaik sepanjang hayat.
Terdapat lima karakter SmartHeart Pet Buddies merangkumi Snowchi Si Kucing Comel, Max Si Anjing Ceria, Luna Si Arnab Bijak, Tika Si Genius dan Pip si Kecil Gagah.
Kanoknart menjelaskan, mereka memutuskan untuk memperkenalkan SmartHeart Pet Buddies pada tahun ini kerana melihat bagaimana haiwan peliharaan semakin dilihat sebagai ahli keluarga.

“Tahun ini terasa seperti saat yang tepat untuk mencipta sesuatu yang bermakna yang mencerminkan hubungan emosi tersebut dengan cara yang menyeronokkan dan berkaitan.
“Selain itu, SmartHeart Pet Buddies ialah inisiatif jenama strategik yang menghidupkan nilai-nilai teras SmartHeart iaitu pemahaman, pemakanan berkualiti dan penjagaan sepanjang hayat melalui watak-watak yang berkaitan yang mencerminkan personaliti unik haiwan peliharaan dan ikatan bermakna yang mereka kongsi dengan pemiliknya,” jelasnya.
Selepas pelancaran di Bukit Bintang, SmartHeart Pet Buddies akan meneruskan pengembaraan mereka ke utara dan selatan Malaysia untuk berinteraksi dengan lebih ramai pencinta haiwan peliharaan.
Pengembaraan tersebut akan menuju ke Pulau Pinang pada April dan Johor Bahru pada Mei ini.
Pengembaraan tersebut bertujuan untuk membawa SmartHeart Pet Buddies lebih mendekati orang ramai dan bakal meninggalkan memori indah buat pecinta haiwan bersama haiwan kesayangan mereka.
SmartHeart ialah satu jenama makanan haiwan peliharaan bertaraf antarabangsa yang dipercayai dengan rangkaian antarabangsa di lebih 20 buah negara di seluruh dunia.
Konsisten dalam komitmen, telah menjadi keutamaan SmartHeart untuk menyediakan diet harian yang berkualiti tinggi dan seimbang, dirumus khusus untuk memenuhi keperluan haiwan peliharaan pada setiap peringkat kehidupan.
Kanoknart berkata, seiring dengan peningkatan kesedaran tentang pemakanan haiwan peliharaan, SmartHeart kekal komited untuk menyediakan diet berkualiti tinggi yang dibangunkan secara saintifik yang memenuhi piawaian antarabangsa yang diiktiraf seperti AAFCO, ISO 22000 dan ISO 9001.
“Dengan Pusat Penyelidikan Makanan Haiwan Peliharaan kami sendiri, kami sentiasa mengkaji pemakanan dan kesejahteraan haiwan peliharaan bagi memastikan produk kami menyokong haiwan peliharaan pada setiap peringkat kehidupan.
“Selain pembangunan produk, kami juga menumpukan pada mendidik pemilik haiwan peliharaan supaya mereka boleh membuat keputusan termaklum tentang keperluan diet haiwan peliharaan mereka,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai SmartHeart anda boleh melayari laman web www.perfectcompanion.com.my, Facebook:SmartHeart Cat Malaysia/SmartHeart Dog Malaysia Instagram:@smartheartcat_my/@smartheartdogmy dan Tiktok:@smartheartcatmy. – KOSMO! ONLINE














