fbpx
Tangkap layar hantaran lelaki tersebut yang tular di laman Thread.

Lelaki cari ‘peneman’ tarawih, mahu lain-lain wanita setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mencari ‘peneman’ solat tarawih dengan wanita berbeza untuk beberapa hari mencetus pelbagai reaksi negatif daripada pengguna media sosial.

Menurut hantaran lelaki tersebut di laman Thread, dia akan berada di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari masjid berlainan sepanjang lima hari bagi berbuka puasa, menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih.

“Kawan saya bawa tunangnya, jadi kalau ada wanita yang berminat Ramadan masjid ‘hunting’, bagitahu saya ya. Nak satu orang sahaja sehari,” tulis hantaran itu.

Turut dimaklumkan lima buah masjid yang bakal dikunjungi yang terletak di sekitar ibu kota dan Sendayan, Negeri Sembilan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang dikatakan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Kenapa kamu perlukan perempuan untuk teman? Lagi pula dekat masjid, hayati dan fokus sendiri saja iftar di masjid. Tak perlu berteman-teman,” kata She.

“Pergi masjid dengan kawan lelaki cukuplah, apa cerita ajak perempuan yang bukan mahram? Perempuan di luar sana, hati-hati dengan lelaki yang begini,” kata Lina.

“Ajak kawan lelakilah, tak perlu tunggang agama untuk ajak anak dara orang ‘dating’ bulan Ramadan. Habis moreh pun dah pukul 10 malam,” kata Silver.

“Semoga wanita yang baik-baik tidak terperdaya perangkap dosa yang nyata,” kata Kuro. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN