fbpx
Zulkifli

Kerajaan tidak kompromi apa sahaja tindakan hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan kerajaan mengecam dan tidak berkompromi dengan apa sahaja tindakan menghina agama dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Dr. Zulkifli Hasan berkata, beliau menegaskan sekali lagi bahawa tindakan undang-undang perlu diambil tanpa kompromi.

Bagaimanapun katanya, terdapat pihak yang menyembunyikan perkara itu dengan niat tertentu.

“Namun, saya berpandangan bahawa menjadi amanah dan tanggungjawab untuk kita meneruskan pencerahan dan mendidik masyarakat agar perkara sama tidak berlaku,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) yang dikatakan masih meneruskan tuduhan tidak bertanggungjawab di media sosial berhubung isu penghinaan terhadap agama Islam.

“Dalam bulan Ramadan pun Ketua Penerangan DUPP masih meneruskan tuduhan dan tidak bertabayyun.

“Walaupun akhbar juga sudah membetulkan laporan kenyataan saya, tetapi masih ada yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial,” katanya.

Zulkifli berkata, beliau turut ingin mengajak mereka yang membuat tuduhan itu untuk kembali mengamalkan konsep tabayyun dan benar-benar menghayati Ramadhan sebaiknya.

“Ramadan mendidik jiwa dan hati.

“Terus sabar dan terus fokus membuat kebaikan sebanyaknya dan sedayanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI