fbpx
Gambar kenangan mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Tiga maut melecur dalam bilik air, dua rentung di luar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Tiga mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini ditemui dalam keadaan melecur manakala dua lagi mangsa ditemui dalam keadaan rentung.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang ditemui melecur di bilik air merupakan pasangan suami isteri dan seorang anak mereka.

Tambahnya, dua lagi anak mangsa ditemui dalam keadaan rentung di luar rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada api dan asap.

Beliau berkata, dua mangsa yang rentung di luar rumah ditemui pada pukul 4.15 pagi ketika operasi pemadaman dilakukan manakala tiga lagi mangsa ditemui oleh pasukan bomba selepas operasi pemadaman selesai.

“Jarak antara mangsa di luar rumah dan di dalam bilik air adalah kira-kira enam meter.

“Melihat pada keadaan tiga mangsa di dalam bilik air menunjukkan mereka cuba mencari tempat yang mempunyai sumber air untuk berlindung, namun kemungkinan besar mereka mengalami sesak nafas akibat asap tebal,”katanya.

Menurutnya, mangsa berkemungkinan menyedari api telah marak membakar kediaman menyebabkan mereka sukar menyelamatkan diri.

Tambahnya, siasatan awal turut mendapati rumah berkenaan tidak dilengkapi alat pemadam api.

“Dari segi keselamatan kebakaran, pihak kami mendapati kemungkinan untuk mangsa menyelamatkan diri adalah tinggi kerana kedua-dua laluan keluar tidak dipasang jeriji besi.

“Mereka boleh buka dari dalam dengan cepat cuma kita mengambil pandangan, kemungkinan besar (bergantung kepada siasatan) ketika mereka sedar api itu sudah marak, jadi keterbatasan pandangan mereka mungkin menyukarkan mangsa untuk ambil tindakan melepaskan diri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN