fbpx
MOHD AFANDI menunjukkan zink rumah sewanya diterbangkan angin dalam dalam kejadian ribut di Kampung Batu 30, Pengkalan Raja, Pontian hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI

34 mangsa ribut terpaksa berbuka puasa di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seramai 34 mangsa ribut daripada sembilan keluarga di Kampung Batu 30, Pengkalan Raja, Pekan Nanas, di sini terpaksa berbuka puasa di dalam masjid apabila kediaman mereka dilanda ribut, petang semalam.

Mereka terpaksa melupakan juadah yang telah dimasak kerana rumah mereka dimasuki air hujan dan berbuka dengan makanan yang disediakan oleh pihak masjid atau sumbangan orang ramai.

Seorang mangsa, Amiruddin Alias, 48, berkata, bumbung rumah sewa yang didiami tercabut ditiup angin diikuti dengan hujan lebat yang membasahi keseluruhan rumahnya dari ruang tamu ke bahagian dapur.

Katanya, dia bersama isteri dan enam orang anaknya berada dalam rumah ketika kejadian dan sedang bersiap untuk berbuka puasa, tiba-tiba terdengar deruan angin kuat seperti bunyi bom dari luar.

Menurut Amiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Batu 30, Pengkalan Raja, tiupan angin yang kuat turut menyebabkan beberapa dahan pokok di kawasan rumahnya patah.

“Saya dan isteri, Suryani Jono, 40, cemas dan sempat melaungkan azan apabila ribut yang berlaku dalam masa satu minit menyebabkan tiga rumah lain yang berjirannya turut rosak,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS ) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, di sini, hari ini.

Tambah Amiruddin, lima daripada enam orang anaknya masih bersekolah menengah dan rendah juga berada di PPS sehingga dibenarkan pulang oleh JPBD Pontian.

“Kami berharap pemilik rumah sewa dapat memperbaiki segera kerosakan yang ada kerana ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah, banyak perkara perlu kami dilakukan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI