fbpx
WAKIL komuniti ABKl bergambar bersama anak-anak dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa selepas menyampaikan sumbangan dalam Program Ihya Ramadan di Hotel Le Meridien Putrajaya baru-baru ini.

ABKL perkukuh komuniti melalui siri jelajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Adik Beradik Kuala Lumpur (ABKL) meneruskan komitmennya sebagai organisasi prihatin dengan menyalur lebih RM37,000 kepada golongan memerlukan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Ihya Ramadan Adik Beradik x Rumah Anak Yatim At-Taqwa.

Program yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu dilangsungkan di Hotel Le Meridien Putrajaya baru-baru ini melibatkan seramai 54 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Putra Perdana, Puchong.

Mereka diraikan dengan berbuka puasa dan menerima sumbangan baju dan beg sekolah, baju raya serta duit raya bagi meringankan beban menjelang Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir meskipun penganjuran program tahun ini mencecah RM105,000, tradisi Ramadan tersebut akan diteruskan sebagai acara tahunan selaras dengan misi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Ini adalah antara usaha kami untuk kembali memberi kepada golongan yang memerlukan, selain mengeratkan hubungan dalam komuniti,” kata Muzammil.

Sementara itu, ABKL turut merangka pelbagai perancangan sepanjang tahun 2026 bagi memperkukuh komuniti berdasarkan permainan simulasi Grand Theft Auto (GTA) Adik Beradik Role Play (ABRP) di platform FiveM yang semakin berkembang.

Antara inisiatif utama adalah penganjuran pertandingan secara fizikal dijangka berlangsung sekitar November depan, sekali gus menjadi acara yang dinantikan setiap hujung tahun.

MUZAMMIL

“Tahun ini tiada majlis makan malam sebaliknya fokus kepada pertandingan dalam komuniti ABRP terlebih dahulu.

“Selepas pertandingan dalam komuniti berjaya, kami merancang untuk memperluaskan pertandingan ke peringkat antarabangsa, khususnya melibatkan negara-negara Asia Tenggara,” ujar Muzammil.

Dalam masa sama, ABKL terus komited menambah baik pengalaman permainan dengan pelbagai kemas kini dalam GTA Role Play yang diperkenalkan hampir setiap bulan.

Selain itu, pendekatan baharu turut diperkenalkan apabila ABKL merancang untuk turun padang bertemu komuniti secara fizikal di seluruh negara.

Menerusi konsep ‘touch some grass’ (keluar dari dunia permainan), ABKL akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri bagi bertemu pemain dan peminat ABRP secara bersemuka, selain menghasilkan kandungan luar seperti vlog.

“Sebelum ini, pertemuan komuniti lebih tertumpu kepada acara hujung tahun, namun pendekatan baharu ini dijangka memperluas interaksi fizikal antara pemain dan pengurusan komuniti.

“Rasanya sudah terlalu lama kami berada dalam dunia permainan atas talian, jadi tahun ini kami mahu lebihkan aktiviti ‘off line’ bertemu dengan komuniti secara fizikal. Lokasi dan tarikh jelajah akan diumumkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan komuniti setempat turut serta,” kata Muzammil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN