Kunjungi kami di MWC Hall 5, Stand 5A83, Reruai 3
SINGAPURA, 24 Februari 2026 /PRNewswire/ — ThinkPalm Technologies, penyedia penyelesaian teknologi yang mengkhusus dalam Industrial Internet of Things (IIoT) dan kemampanan digital, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Nanyang Polytechnic (NYP), salah satu institusi pengajian tinggi terkemuka di Singapura. Kerjasama ini memfokuskan kepada pemacuan inisiatif kemampanan berteraskan IIoT, pengukuhan kolaborasi industri-akademia, serta pelaksanaan pembelajaran berasaskan amali yang memberi impak dunia sebenar.
Perkongsian Strategik untuk Inovasi dan Mampan
Kerjasama yang dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) ini bertujuan meletakkan NYP sebagai kampus rujukan bagi penyelesaian mampan yang dipacu IIoT, dengan menggabungkan ekosistem pendidikan NYP dan kepakaran IIoT ThinkPalm.
NetvirE, platform IIoT milik ThinkPalm, akan berperanan sebagai pemangkin teknologi teras bagi menyokong kes penggunaan kemampanan dunia sebenar serta penerimagunaan berskala.
Memacu Penerimagunaan IIoT Melalui Pusat Data Hijau
Sebagai fasa pertama kerjasama, ThinkPalm akan melaksanakan sistem IIoT di Green Data Centre milik NYP bagi menyediakan model kecekapan tenaga yang boleh diukur. Inisiatif ini memperlihatkan bagaimana teknologi IIoT mampu mengoptimumkan penggunaan tenaga, meningkatkan prestasi operasi dan mengurangkan jejak karbon.
Pusat Data Hijau tersebut akan berfungsi sebagai platform rujukan bagi penerimagunaan industri, di samping menawarkan peluang pembelajaran kepada perusahaan kecil dan sederhana, syarikat pemula serta organisasi perusahaan. Dalam fasa seterusnya, pelaksanaan IIoT berpotensi diperluaskan ke School of Engineering NYP, termasuk bilik darjah dan makmal khusus seperti makmal IoT dan makmal mampan.
Pembangunan Bakat dan Inisiatif Penciptaan Bersama
Pembangunan bakat merupakan tonggak utama kerjasama ini. Inisiatif yang dirancang merangkumi program latihan industri dan pembelajaran berasaskan pengalaman bagi memberi pendedahan langsung kepada pelajar terhadap teknologi IIoT. Program ini turut menyokong kolaborasi rentas sempadan dan maya, dengan bimbingan pakar kejuruteraan ThinkPalm.
Selain itu, ThinkPalm dan NYP akan meneroka projek bersama pihak kerajaan dan industri, melibatkan pelajar dalam kes penggunaan dunia sebenar. Kerjasama ini turut mengukuhkan peranan ThinkPalm sebagai rakan IIoT yang diyakini, sekali gus memperteguh kedudukan NYP sebagai peneraju dalam pendidikan gunaan.
Maklumat tentang ThinkPalm
ThinkPalm ialah syarikat kejuruteraan produk dan pembangunan perisian terkemuka yang memfokuskan kepada Industrial Internet of Things (IIoT), transformasi digital dan inovasi dipacu kemampanan. Dengan pengalaman industri selama 15 tahun, ThinkPalm memperkasa pelanggan global dalam menavigasi transformasi digital menerusi penyelesaian inovatif.
Maklumat tentang Nanyang Polytechnic (NYP)
Ditubuhkan pada tahun 1992, NYP merupakan antara politeknik terkemuka di Singapura yang menawarkan pendidikan dan latihan berkualiti melalui program diploma sepenuh masa serta pilihan pendidikan berterusan. Dengan penekanan kukuh terhadap inovasi, kemampanan dan pembelajaran gunaan, NYP komited melahirkan bakat bersedia masa hadapan serta menyokong pertumbuhan industri.
Hubungi Kami
[email protected]
0484 410 4100
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2918129/ThinkPalm_NYP_IIoT.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4893122_MS93122_6















