fbpx
ABANG JOEL bersama trofi kemenangan pada Marketing Excellence Awards 2025 (kiri). Lee Chong Wei menjadi rakyat Malaysia pertama memiliki in-game skin sendiri dalam Honor of Kings (kanan).

MantaYaY raih anugerah menerusi ‘game’ Honor of Kings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM dunia gaming yang semakin merentas sempadan industri dan budaya, nama Bang Joel muncul sebagai antara figura yang berjaya menghubungkan jenama, selebriti dan komuniti pemain dalam satu ekosistem yang dinamik.

Bang Joel atau nama sebenarnya Joel Lim Min Sheu, 33, bukan sekadar pencipta kandungan, malah seorang usahawan dalam bidang pemasaran dan gaming yang membina jenama peribadi dengan strategi yang tersusun dan visi jangka panjang.

Dia bahkan terus mencipta nama dalam industri gaming dan pemasaran apabila baru-baru ini berjaya merekodkan satu pencapaian membanggakan menerusi agensi pemasaran yang diasaskannya iaitu MantaYaY.

Siapa sangka, penyertaan sulung MantaYaY dalam Marketing Excellence Awards 2025 telah meraih dua kemenangan.

Baru-baru ini, MantaYaY membawa pulang Anugerah Gangsa bagi kategori Excellence in Gamification untuk permainan Honor of Kings terbitan TiMi Studio Group dan Level Infinite serta Anugerah Perak bagi kategori Excellence in Viral Marketing menerusi kempen bersama Grab Malaysia.

mantayay bawa pulang pingat gangsa untuk kategori Excellence in Gamification Marketing Excellence Awards 2025.

Ujar Bang Joel, dia cukup berbangga apabila kempen Honor of Kings: A Hero for All Malaysian itu meraih kemenangan dalam anugerah berprestij itu.

“Kami berbangga apabila kolaborasi antara hero Malaysia paling ikonik dengan game mudah alih MOBA paling berjaya di dunia yang dikemudi kami berjaya meraih kemenangan.

“Menerusi kempen tersebut, Datuk Wira Lee Chong Wei menjadi rakyat Malaysia pertama yang memiliki in-game skin sendiri dalam permainan berkenaan.

“Pelaksanaan kempen dilakukan secara 360 darjah, merangkumi pemasaran Key Opinion Leader (KOL), sesi penstriman langsung serta dominasi paparan Digital Out-of-Home Advertising (OOH) di Pavilion Bukit Bintang,” katanya tentang kemenangan tersebut.

Pendekatan ini menggabungkan kekuatan komuniti digital dengan kehadiran fizikal berskala besar, sekali gus menjadikan kempen tersebut bukan sahaja relevan dalam talian tetapi juga arus perdana.

Kempen Honor of Kings itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Bang Joel sebagai bukan sekadar pencipta kandungan, tetapi arkitek strategi yang memanfaatkan kuasa komuniti untuk mencipta impak berskala nasional.

Bang Joel menambah, bagi MantaYaY, kemenangan itu bukan sekadar trofi, tetapi bukti bahawa agensi tempatan mampu menghasilkan kempen berimpak tinggi yang setanding dengan pemain industri utama.

“Ia juga mengukuhkan reputasi syarikat sebagai agensi yang menggabungkan kreativiti, strategi dan kefahaman mendalam terhadap budaya digital serta komuniti tempatan.

“Dengan langkah sulung yang cukup bergaya, MantaYaY melihat kejayaan ini sebagai titik permulaan,” katanya sambil berharap akan kembali lebih kuat pada tahun ini serta memperkukuh kedudukan sebagai antara peneraju pemasaran dan kandungan digital di rantau ini.

Berkongsi dengan K-Remaja, Bang Joel berkata perjalanannya dalam dunia kandungan digital bermula pada 2022.

“Ia bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan kerana semuanya sudah saya rancang dengan teliti,” katanya.

Sejak itu, nama Bang Joel semakin dikenali. Bahkan, akaun TikTok Bang Joel juga sudah mempunyai hampir dua juta pengikut.

Jelasnya, dalam dunia e-sukan dan kandungan digital yang bergerak pantas, usaha untuk terus kekal relevan adalah cabaran utama.

Bang Joel memastikan dirinya sentiasa mengikuti perkembangan terkini permainan, berita industri serta perbualan komuniti.

Jemputan ke kejohanan utama, festival pencipta kandungan, pelancaran produk dan acara aktivasi jenama dimanfaatkan untuk menghasilkan kandungan secara langsung di lokasi.

“Saya juga aktif memantau trend global sebelum menyesuaikannya dengan cita rasa dan konteks Malaysia.

“Pendekatan ini menjadikan kandungan yang dihasilkan segar, relevan dan dekat dengan audiens tempatan,” jelasnya.

Walaupun gaming akan sentiasa menjadi sebahagian daripada DNAnya, Bang Joel melihat masa depan yang lebih luas.

Dia dan pasukannya merancang untuk mengembangkan MantaYaY ke lebih banyak pasaran, bukan sahaja dalam gaming tetapi juga drama pendek, e-dagang penstriman langsung dan kandungan berjenama.

“Matlamat saya adalah untuk menjadi agensi dan rangkaian MCN pilihan bagi jenama global yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN