HONG KONG, 24 Februari 2026 /PRNewswire/ — Schindler, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pengangkutan menegak, memperkenalkan rangkaian baharu bahagian dalaman lif kontemporarinya yang seterusnya memulakan era baharu kecemerlangan reka bentuk. Pelancaran ini menetapkan standard baharu untuk estetika dalaman, lalu memperkasakan arkitek, pereka dan pemilik perniagaan untuk memperbaharui pengalaman pengangkutan menegak dengan gaya dan kecanggihan yang tiada tandingan.
Sebagai sebahagian daripada Schindler Group yang lebih luas, Jardine Schindler memperkenalkan beraneka jenis bahan, warna dan estetika yang menyasarkan untuk mentransformasikan pengangkutan menegak menjadi perjalanan yang imersif. Pelancaran ini merupakan yang terbesar seumpamanya untuk Jardine Schindler, dengan menawarkan pelbagai pilihan untuk pereka dalaman dan juga arkitek di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara. Pelancaran pilihan dalaman yang meriah dan menarik secara visual ini merupakan kemuncak bagi kolaborasi yang meluas bersama arkitek dan pereka.
Pemilihan pilihan reka bentuk yang rapi dan moden yang dikurasikan dengan teliti menawarkan peluang untuk mengintegrasikan reka bentuk lif dalam projek-projek seni bina yang bercita-cita tinggi, dengan pilihan yang fleksibel dan fungsian yang serba boleh. Sama ada meningkatkan daya tarikan estetik bangunan pencakar langit moden atau menambah sentuhan kecanggihan pada bangunan bersejarah, kini pereka dapat merealisasikan visi mereka dengan tahap kreativiti yang baharu.
Nadi bagi rangkaian ini ialah pengenalan empat tema hiasan yang berbeza, setiap satunya dikurasikan dengan teliti bagi menggambarkan estetika yang moden dan kian berkembang demi menginspirasikan pilihan reka bentuk yang kreatif.
- Natural Nuances (Nuansa Semula Jadi) memanfaatkan keindahan alam semula jadi, menawarkan warna dan tekstur yang memberi ketenangan di luar rumah ke dalam rumah
- Tone on Tone (Ton demi Ton) memancarkan keanggunan tak lapuk dek zaman dengan kesederhanaan yang diperhalusi serta skema warna monokromatik
- Architectural Elegance (Keanggunan Seni Bina) mengubah ruang lif menjadi persekitaran menginspirasikan dengan menggabungkan gaya sejarah dan kontemporari
- Accent Colour (Warna Menonjol) memberikan sentuhan personaliti dengan warna-warna menonjol, mewujudkan kesan drama dan keterujaan terhadap ton neutral
Dalam tema-tema ini, pereka mendapat akses kepada pelbagai pilihan tambahan, termasuk palet yang menggambarkan keutamaan pilihan reka bentuk serantau/tempatan, kemasan dinding yang pelbagai seperti laminat, keluli, kaca dan seramik, serta pilihan untuk susur tangan, lantai, siling dan juga pintu kereta.
Vu Huy Ta, Pengarah Jualan Pemasangan Baharu Kumpulan, Jardine Schindler Group, berkongsi, "Semasa kami memperkenalkan rangkaian baharu ini, kami bukan sahaja mentakrifkan semula pengalaman lif – kami merevolusikannya. Rangkaian bahan, warna dan estetika baharu ini menggabungkan secara selanjar reka bentuk dengan inovasi. Pelancaran ini memperlihatkan dedikasi kami kepada kolaborasi bagi memperkasakan pereka untuk merealisasikan visi mereka dengan mudah dan serba boleh, lantas menjadikan setiap perjalanan lif sebagai pengalaman yang menginspirasikan."
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4872874_MS72874_6















