fbpx
Gambar hiasan.

Operasi Rapid Rail dilanjut sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan rel Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) akan dilanjutkan pada waktu puncak bagi menampung permintaan pengguna pada bulan Ramadan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, waktu puncak pagi dipanjangkan bermula pukul 6.30 hingga 9.30 pagi berbanding pukul 7 hingga 9.30 pagi.

Katanya, waktu puncak petang pula dipanjangkan dari pukul 4 petang hingga 8 malam iaitu empat jam, berbanding pukul 5 petang sehingga 7.30 malam sebelum ini.

“Langkah ini bagi memastikan kelancaran rel perkhidmatan, meningkatkan keselesaan penumpang dan menjamin kecekapan operasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah sempena Ramadan.

Anthony Loke berkata, perubahan waktu perkhidmatan itu juga bertujuan mengurus pergerakan penumpang pada waktu perjalanan pulang awal untuk persediaan berbuka puasa.

Menurut beliau, Rapid KL mempunyai kesiapsiagaan sepanjang masa, bukan sahaja pada Ramadan, tetapi pada bulan-bulan lain dengan mengamalkan pencegahan dan pemulihan.

Jelasnya, ia bagi memastikan penyelenggaraan dilakukan secara berkala kepada sistem dan tren kita berjalan sepanjang masa untuk mengurangkan kebarangkalian berlaku gangguan teknikal.

Beliau bagaimanapun mengakui gangguan teknikal sukar diramal dan dibendung kerana isu teknikal boleh berlaku pada bila-bila masa. Katanya, sebarang gangguan perlu diminimumkan bagi memastikan gangguan kepada pengguna dapat dikurangkan.

“Kakitangan teknikal diletakkan dalam tren sebagai langkah bersiap sedia sekiranya berlaku gangguan supaya langkah mitigasi dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI