fbpx
Keadaan pesawat yang terbalik selepas terhempas di Pottsboro, negeri Texas. - KXII

Pesawat terbalik, juruterbang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTIN, TEXAS – Seorang juruterbang cedera selepas pesawat ringan yang dinaikinya terhempas lalu terbalik di sebuah kawasan lapang di negeri Texas, lapor portal berita KXII 12.

Pesawat itu terhempas di Pottsboro dekat Russwood Drive, selatan Tasik Texoma, baru-baru ini.

Pejabat Syerif Grayson County berkata, pasukan kecemasan berjaya mengeluarkan juruterbang tersebut daripada pesawat lalu membawanya ke hospital.

Mangsa merupakan individu tunggal di dalam pesawat.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat yang terlibat dalam nahas itu merupakan jenis Van’s RV-8.

Ia memiliki enjin tunggal pasang sendiri menggunakan komponen-komponen kit.

“Pesawat itu terbalik selepas terhempas. FAA sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian,” kata FAA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN