fbpx
MILNER memiliki 654 kap aksi EPL sekali gus muncul pemain paling banyak membuat penampilan mengatasi rekod Barry. - AFP

EPL: Milner cipta rekod EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – James Milner memperoleh dua kejayaan berbeza ketika membantu pasukannya, Brighton raih kemenangan 2-0 ke atas Brentford, kelmarin.

Tidak hanya memastikan tiga mata berharga, Milner yang sudah pun berusia 40 tahun kini sudah pun mengesahkan rekod selaku pemain yang memiliki penampilan paling banyak di pentas Liga Perdana Inggeris dengan 654 penampilan.

Pengurus Brighton, Fabian Hurzeler yang lebih muda lapan tahun berbanding Milner melabelkannya sebagai pemain istimewa dan wajar untuk dijadikan contoh oleh semua orang termasuk dirinya.

“Dia adalah contoh ketika berada dalam dan luar padang. Adalah tidak mengejutkan bagaimana dia masih berada di sini kerana memiliki disiplin tinggi.

“Setiap hari dia berusaha dan tidak pernah berasa puas hati. Ini adalah hari yang cukup hebat buat dirinya untuk memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Milner kini mengatasi rekod bekas rakan sepasukannya, Gareth Barry (653 penampilan) yang kali terakhir bermain secara aktif pada musim 2017/18.

Milner yang pernah menyarung jersi Leeds United, Newcastle United, Aston Villa, Manchester City dan Liverpool memiliki beberapa kejuaraan utama, tiga kali trofi Liga Perdana Inggeris, dua kejuaraan Piala FA dan Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN