fbpx
O’REILLY meledak dua gol ketika membantu City menewaskan Newcastle untuk kembali membuka peluang mereka merangkul kejuaraan EPL. - AFP

EPL: City kembali hangatkan perebutan takhta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Impian Manchester City untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu, Arsenal kesampaian apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United pada aksi awal pagi semalam.

Dua gol jaringan Nico O’Reilly menyaksikan The Citizens hanya ketinggalan dua mata ketika Newcastle meraih gol sagu hati menerusi Lewis Hall.

Biarpun gagal bermain dengan baik pada babak kedua sehingga hampir dibolosi gol penyamaan Newcastle, City berjaya menyerap tekanan ketika mereka memasang impian untuk merampas kedudukan pendahulu.

Pengendali City, Pep Guardiola mengakui kemenangan kali ini cukup bermakna ketika mereka menentang Newcastle yang memiliki kekuatan selain ia sangat penting untuk menghidupkan peluang mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ia kemenangan yang sangat penting. Newcastle adalah pasukan yang hebat, memiliki kekuatan fizikal dan kepantasan di bahagian hadapan menjadi perlawanan ini sukar. Kemenangan ini sukar dipercayai,” katanya.

City ketika ini masih kekurangan satu perlawanan dan perbezaan dua mata ini membolehkan mereka memenangi gelaran buat kali ketujuh di bawah kendalian Guardiola sekiranya mampu menang kesemua 11 bagi perlawanan musim ini.

Guardiola mengakui bahawa City telah melakukan perubahan sepanjang 12 bulan lalu dengan melepaskan beberapa pemain berpengalaman seperti Kevin De Bruyne, Ederson dan Kyle Walker, kemudian membawa masuk Marc Guehi, Antoine Semenyo dan Rayan Cherki.

Menurutnya, City kini dibarisi sebahagian besar pemain generasi baharu yang kekurangan pengalaman berdepan situasi tekanan perlumbaan memburu kejuaraan EPL menyebabkan kemenangan ke atas Newcastle dianggap cukup berharga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN