fbpx
Fungsi ‘filter’ yang digunakan gagal berfungsi secara tiba-tiba. - Instagram

Wajah sebenar terdedah, ‘influencer’ hilang 140,000 pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pempengaruh media sosial di China hilang ratusan ribu pengikut selepas aplikasi tapisan (filter) yang digunakan semasa dia melakukan penstriman langsung gagal berfungsi, menyebabkan wajah sebenarnya didedahkan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dalam klip video yang kini tular, pempengaruh kecantikan itu sedang membuat penstriman langsung dengan wajahnya yang putih melepak sebelum fungsi ‘filter’ mengalami masalah secara tiba-tiba.

Keadaan itu dengan pantas mendedahkan wajah sebenar wanita tersebut yang berkulit sedikit gelap dan kelihatan lebih berusia daripada sebelumnya.

Menurut laporan online, insiden itu telah menyebabkan wanita berkenaan kehilangan kira-kira 140,000 pengikut serta mencetuskan perdebatan meluas tentang standard kecantikan, terutamanya di media sosial.

“Dia tetap kelihatan cantik. Namun, saya bersimpati kerana dia berasa tidak yakin dengan dirinya,” kata seorang netizen.

“Saya tidak suka keadaan sebegini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN