fbpx
HAALAND bakal menjadi sandaran utama City untuk merobek gawang Newcastle untuk memburu kemenangan untuk terus menekan Arsenal. - AFP

EPL: Guardiola lega pemain bintang kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City menerima suntikan semangat menjelang aksi menentang Newcastle United di Etihad awal pagi esok apabila bakal menerima kepulangan beberapa pemain tonggak.

Kemenangan pada perlawanan itu sangat penting buat skuad kendalian Pep Guardiola untuk mereka terus menekan kedudukan Arsenal apabila hanya dibezakan dengan lima mata ketika City kekurangan satu perlawanan.

Guardiola dijangka kembali menurunkan khidmat penggempur utama, Erling Haaland yang direhatkan ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Salford City pada aksi Piala FA sebelum ini.

Haaland dilihat tidak berdepan sebarang isu kecederaan dan dijangka menjadi tunjang utama City untuk merobek gawang Newcastle pada perlawanan itu nanti.

Sementara itu, Savinho juga sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan sepatutnya boleh diturunkan ketika bertemu Salford, namun penampilan semulanya ditangguhkan dan bertemu Newcastle menjadi detika terbaik.

Seorang lagi pemain yang dijangka kembali beraksi adakah Jeremy Doku yang kembali pulih, namun sumber dalaman memberitahu bahawa pemain itu mungkin akan bermula dari bangku simpanan, kecuali perubahan saat akhir dilakukan Guardiola.

Ketika ini, City hanya kehilangan dua pemain untuk jangka masa panjang apabila Mateo Kovacic menjalani pembedahan Achilis, manakala Josko Gvardiol mengalami patah kaki menyebabkan kedua-dua mereka terlepas baki aksi musim ini.

City kini masih kekal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, mara ke pusingan kelima Piala FA dan bakal bertemu Arsenal di perlawanan akhir Piala Liga Inggeris bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN