fbpx
SAKA meledak gol pembukaan Arsenal ketika mereka diikat oleh Wolves pada aksi awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arsenal tercicir mata berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WOLVERHAMPTON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya hanya perlu menyalahkan diri sendiri selepas mereka terlepas peluang untuk meraih kemenangan biarpun mendahului dengan dua gol ketika diikat Wolves 2-2 awal pagi semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Molineux, The Gunners selesa dengan dua gol hasil jaringan Bukayo Saka pada minit kelima dan Piero Hincapie kira-kira 11 minit selepas babak kedua bermula.

Bagaimanapun, mereka bagaikan hilang arah selepas Hugo Bueno merapatkan jurang untuk Wolves sebelum Tom Edozie menafikan peluang kemenangan Arsenal menerusi gol penyamaan pada masa kecederaan.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kini memiliki kelebihan lima mata berbanding pencabar utama Manchester City yang masih kekurangan satu perlawanan sekali gus meletakkan impian kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka bahaya.

“Kredit perlu diberikan kepada Wolves, mereka tidak boleh dipandang mudah. Ia mengenai perkara mudah yang kami gagal melakukannya dengan baik.

“Sebarang persoalan, kritikan dan pandangan kami perlu terima kerana kami gagal mempamerkan aksi pada tahap sebenar. Apa sahaja yang dikatakan adalah betul kerana kami tidak melakukan perkara yang sepatutnya.

“Satu-satunya peluang terbaik yang kami ada ketika ini adalah menunjukkan aksi sebenar pada perlawanan selepas ini. Kami perlu bersiap untuk menunjukkan kekuatan pada aksi seterusnya,” katanya.

Arteta mengakui keputusan seri itu sangat mengecewakan apabila menyebabkan mereka kehilangan dua mata penting untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu saingan.

“Sangat kecewa dengan cara kami menamatkan perlawanan. Babak kedua kami seperti tidak melakukan apa-apa yang dianggap mencapai standard untuk memenangi perlawanan. Apabila anda berada di puncak, kadang-kadang anda perlu ‘kejutan’ seperti ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN