fbpx
Kompleks Raja Bot.

Johari bawa permohonan tangguh pindah peniaga Chow Kit kepada DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan membawa permohonan penangguhan pemindahan peniaga di Chow Kit ke Kompleks Raja Bot kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta bersedia untuk bertemu Datuk Bandar.

Johari berkata, seramai 34 pemilik premis memohon supaya arahan pemindahan mereka ke Kompleks Raja Bot ditangguhkan sehingga projek pembangunan pasar berkenaan siap sepenuhnya.

“Rata-rata peniaga sebenarnya bersetuju untuk berpindah, namun mereka menuntut agar kemudahan tersebut disiapkan terlebih dahulu bagi menjamin kelangsungan perniagaan mereka.

“Sebelum berpindah ke lokasi baru, Kompleks Pasar Raja Bot perlu disiapkan sepenuhnya kerana ia telah terbengkalai selama hampir 10 tahun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, sekiranya peniaga kecil dipindahkan masuk pada waktu ini, tiada siapa yang mampu berniaga kerana kerja-kerja pembinaan masih berjalan.

“Saya memahami masalah peniaga di Lorong Haji Hussein ini yang merupakan sumber ‘periuk nasi’ mereka.

“Oleh itu, saya akan membawa perkara ini kepada DBKL serta bertemu dengan Datuk Bandar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN