fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang lemas di Pantai Kandis, Bachok hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Ingatkan pelampung hanyut, rupanya mayat mangsa lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang penolong pegawai perubatan terkejut selepas objek yang disangka pelampung hanyut di tepi pantai rupa-rupanya mayat seorang anggota bomba yang terapung dalam keadaan tertiarap di Pantai Kandis, Jelawat di sini hari ini.

Mohd. Azmi Fakarudin, 48, merupakan individu pertama menjumpai Allahyarham Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, yang lemas ketika menyelamatkan adiknya semasa mandi di pantai tersebut petang semalam.

Menurutnya, dia bersama isteri, Asnor Nadirah Ishak, 46, dan dua anak berusia 12 dan 16 tahun sedang bergambar di pesisir pantai sebelum ternampak objek seperti pelampung hanyut.

“Saya bergegas menghampiri kawasan tepi pantai sebelum terkejut melihat jasad seorang lelaki yang berpakaian lengkap.

“Saya terus memaklumkan penemuan itu kepada sorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang sedang berniaga makanan ringan di sebuah di kios tidak jauh dari pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Azmi yang bertugas di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang, Selangor berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi suaminya sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, mayat seorang anggota bomba yang lemas semasa menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis di sini semalam dijumpai selepas hampir 20 jam hilang dihanyut ombak.

Mangsa, Ahmad Badrul Naim yang bertugas di balai Bomba dan Penyelmat Bayan Baru, Pulau Pinang ditemukan oleh orang awam pada pukul 12.45 tengah hari tadi kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa lemas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI