fbpx
Antara gambar yang dimuat naik DBKL di akaun Facebooknya.

DBKL sita penjaja air di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu lalu.

DBKL berkata, tindakan itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Diingatkan Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.

“DBKL ingin mengingatkan para pengunjung agar tidak membeli daripada penjaja haram supaya kita dapat bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut DBKL, kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya berada dalam keadaan bersih , selamat dan sejahtera untuk dikunjungi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan gerai di kaki lima berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang menyifatkan pemandangan ikon bersejarah itu seolah-olah ‘terganggu’ pada waktu malam.

Menerusi hantaran tular di media sosial, seorang individu memuat naik gambar deretan gerai menjual makanan dan minuman yang beroperasi di hadapan bangunan berkenaan.

Difahamkan, harga minuman mencecah RM7 bagi setiap cawan, dipercayai dipengaruhi faktor lokasi tumpuan serta permintaan tinggi di kawasan berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN