fbpx
Mangsa tertembak wajahnya ketika membersihkan pistol itu di rumah di Pattaya baru-baru ini. - Channel 7

Lelaki tertembak muka sendiri semasa cuci pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand parah selepas secara tidak sengaja menembak wajahnya ketika membersihkan senjata api itu di rumah, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku di kediaman mangsa yang juga beroperasi sebagai kedai penyaman udara di Bang Lamung, Pattaya,  baru-baru ini. 

Anuwat Sangcharoen, 41, mengalami kesan tembakan pada wajahnya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Polis Bang Lamung menemui kesan darah dan cecair pengilat logam di atas meja yang digunakan oleh mangsa semasa membersihkan pistol itu. 

Bapa mertua Anutat dikenali sebagai Khaek berkata, mangsa dilaporkan bertengkar dengan isterinya sebelum dia mengeluarkan pistol untuk dibersihkan. 

“Tidak lama kemudian, kami mendengar bunyi tembakan dan mendapati Anuwat cedera parah. Dia tertembak dirinya secara tidak sengaja,” kata Khaek kepada polis. 

Polis tidak menemui pistol di tempat kejadian, namun isteri Anuwat memberitahu bahawa senjata api itu diletakkan dalam peti besi sebagai langkah berjaga-jaga.  

Dia akan menyerahkan pistol tersebut selepas keadaan suaminya semakin pulih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN