fbpx
ANTARA peserta dan pemenang pertandingan memancing udang galah anjuran Omron Malaysia.

Ceria bersama rakan sepejabat di kolam udang galah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAMAI  orang suka meman-

cing udang galah tetapi tidak semua ada masa untuknya dan bukan semua mahir mengendali sampan di sungai untuk mencarinya. 

Alternatifnya ialah dengan memancing di kolam-kolam simen berbayar yang banyak terdapat di sekitar Lembah Klang umpama cendawan tumbuh selepas hujan. 

Kami telah membuat satu program memancing di Kolam Rekreasi Udang Galah Riinfa Ulu Langat, Selangor. Bagi menyerikan program, satu pertandingan antara kami turut dijalankan. 

Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian dan penyertaan terpaksa dihadkan supaya semua dapat memancing dalam keadaan selesa. 

Hari pertandingan

Konsep pertandingan mudah sahaja, siapa yang dapat jumlah udang terbanyak, dialah juara. 

Memancing udang galah di kolam simen berbeza dengan cara di sungai, di sini setiap pemancing hanya dibekalkan sebatang joran teleskopik yang halus,  diikat seutas tali mono berkekuatan antara enam hingga 10 paun (lb), satu pelampung disematkan pada tali mono itu dan mata kail berbatu ladung di hujungnya. 

Umpan yang dibenarkan ­ha­nyalah perumpun kerana pengusaha kolam menjaga air kolamnya supaya tidak keruh dan kotor. 

YUSSUF dengan jenggo pertama dinaikkan ketika pertandingan berlangsung.

Pertandingan bermula tepat pukul 9 pagi dan berakhir pukul 1 tengah hari. 

Sebaik pertandingan bermula, sudah ramai yang mendapat tangkapan pertama mereka. Keadaan menjadi riuh sepanjang sesi pertandingan apabila seekor demi seekor udang galah dinaikkan. 

Jenggo

Pada dua jam pertama, pengusaha kolam telah melepaskan empat ekor udang galah kategori ‘jenggo’ bagi menambah semangat kepada semua peserta.

PESERTA tunggal wanita yang menyertai pertandingan.

Jenggo yang pertama dalam anggaran 450 gram (g) telah dinaikkan oleh Yussuf dan yang seterusnya oleh Dazlee, Shakir dan Aznan. 

Sepanjang sesi pertandingan 30 kilogram (kg) udang galah telah dilepaskan ke dalam kolam supaya semua peserta merasa mendapatkannya.

Juara pertandingan ini ialah Nazif dengan jumlah keseluruhan tangkapannya setelah ditimbang seberat 1.8 kg.

Syabas kepada semua pemenang dan penganjur program ini, semoga banyak lagi program seumpama ini dilakukan supaya silatrurrahim antara kami menjadi lebih kukuh lagi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN