fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di Pahang, Johor dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, antara kawasan terlibat adalah Pahang melibatkan kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Cuaca buruk juga diramal di Johor melibatkan kawasan Mersing. Situasi yang sama turut dijangka di Sarawak (Kuching, Samarahan, Bintulu dan Miri (Subis),” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN