fbpx
Anggota bomba ketika membawa turun lelaki obesiti di Villa Sri Kenanga, Batu Uban.

Bomba bantu angkat lelaki obesiti 150kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki obesiti dengan berat 150 kilogram yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba untuk membawanya turun dari rumah di aras satu, Villa Sri Kenanga, Batu Uban di sini, hari ini.

Warga emas berusia 64 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan pada kaki kanan dan perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat lelaki obesiti dari Kementerian Kesihatan (KKM), kira-kira pukul 8.01 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak.

“Mangsa dibawa dengan menggunakan kain selimut dari kediamannya di aras satu. Mangsa tersebut berada dalam keadaan sedar dan mengalami pendarahan pada kaki kanan.

“Operasi tersebut mengambil masa selama satu minit dengan menggunakan laluan tangga. Mangsa seterusmya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan susulan” katanya di sini, petang tadi.

Tambahnya, operasi mengangkat mangsa ditamatkan pada pukul 8.51 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN