fbpx
Pihak berkuasa memeriksa bagasi milik Alfasi di restorannya di Koh Phangan, Thailand kelmarin. - Assawin Pakkawan

Pengedar narkotik terbesar warga Israel diberkas di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pengedar dadah terbesar warga Israel yang beroperasi melalui restoran miliknya di Thailand ditahan bersama bahan narkotik bernilai lebih 50 juta baht (RM6.2 juta), lapor portal berita Thaiger. 

Shai Alfasi, 42, menjual dadah menerusi aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nama berbahasa Ibrani, kata Pesuruhjaya Biro Polis Pelancong, Leftenan Jeneral Saksira Phuek-am. 

Selepas pelanggan membuat pesanan, dadah itu disembunyikan di dalam stoking berwarna hitam lalu ditinggalkan di lokasi ditetapkan, dengan gambar-gambar lokasi dihantar kepada mereka. 

Pelanggan membayar pesanan mereka dengan memasukkan wang tunai ke dalam stoking sama, demikian menurut penyiasat. 

Tangkapan dibuat selepas seorang pegawai polis menyamar sebagai pembeli. 

Alfasi diberkas sejurus dia tiba di lokasi ditetapkan dengan menaiki motosikal jenis Honda ADV 350 untuk mengambil wang. 

“Alfasi adalah pemilik bar dan restoran di kawasan Hat Hin Kong, Koh Phangan,” kata Saksira.

Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi dan ruang tersembunyi mendedahkan pelbagai dadah haram termasuk kokain, ketamin, MDMA, LSD, heroin, cendawan ajaib dan pil ekstasi dalam bentuk Labubu. 

“Semua dadah itu dianggarkan bernilai lebih 50 juta baht,” tambah Saksira. 

Operasi besar-besaran yang dijalankan di pulau tersebut sejak Isnin lalu telah membawa kepada penahanan enam suspek, dengan Alfasi dianggap sebagai pengedar dadah terbesar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN