fbpx
Kereta Kia Stonic milik Crooks yang terbakar selepas dibelinya 12 hari lalu. - SWNS

Baru 12 hari beli, kereta terbakar tiba-tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenama Kia yang baru dibelinya terbakar semasa dia memandu di sebatang jalan di Britain, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Workington, Cumbria, baru-baru ini. 

Sian Crooks berkata, kereta jenis Kia Stonic yang dipandunya tiba-tiba mati sebelum lampu amaran enjin menyala. 

Crooks bergegas keluar bersama anjing peliharaannya selepas bahagian enjin dipenuhi asap dan terbakar. 

“Saya hanya mampu melihat kereta berharga  £9,000 (RM47,802) yang dibeli kira-kira 12 hari lalu ini  api,” kata Sian

Tiada kecederaan dilaporkan. 

“Saya hanya memerlukan penyelesaian. Masih belum ada siasatan tentang apa yang berlaku,” katanya. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN