fbpx
Kon Yeow (tiga dari kiri) meninjau fasiliti biogas pada Majlis Pra-Pelancaran Projek Fasiliti Biogas Kampung Valdor di Tasek Gelugor, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Rangka pelan induk ternakan babi elak jadi isu perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang merangka pelan induk industri penternakan babi yang komprehensif sebagai langkah menangani isu alam sekitar, sekali gus mengelakkan ia berkembang menjadi isu perkauman.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, garis panduan diyakini bakal memperkukuh pengurusan industri berkenaan secara menyeluruh.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang membantu memimpin untuk menunjukkan kepada kita cara menguruskan sisa dengan bertanggungjawab kerana secara asasnya, isu ini adalah isu alam sekitar.

“Tetapi jika kita tidak menguruskannya dengan baik, dikhuatiri ia akan beralih kepada beberapa isu lain antaranya isu sosial, dan yang paling kita takuti ia akan menjadi isu kaum dan agama.

“Jadi, sangat penting untuk penternak babi dan pemain industri berkaitan untuk belajar daripada pengalaman dan cara kerajaan negeri ini menguruskannya,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Projek Fasiliti Biogas Kampung Valdor yang disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas cadangan larangan operasi ladang babi di Selangor, Foong Hin memaklumkan tahap sara diri (SSL) daging babi negara kini berada pada 65 peratus.

Menurut beliau, pelaksanaan larangan penuh di negeri itu tidak dijangka memberi impak besar terhadap SSL dalam masa terdekat memandangkan kekurangan bekalan boleh ditampung melalui import.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI