fbpx
Tangkap layar perkongsian siaran langsung anak mangsa menerusi aplikasi TikTok malam tadi. -Foto: Media Sosial

[VIDEO] ‘Putus tunang, mama sudah bayar RM7,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Salah seorang anak wanita yang dibunuh secara tragis sebelum beberapa anggota badannya ditemui di tempat pembuangan sampai di Taman Indah Permai di sini memaklumkan suspek utama bersetuju mengakhiri hubungan dengan wanita terbabit namun meminta wang RM7,000 dipulangkan semula.

‎Anak mangsa itu membuat perkongsian itu  menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok malam tadi.

‎”Lelaki itu bersetuju putus tapi dia minta RM7,000. Mama sudah bayar. Sepanjang tempoh pertunangan kira-kira dua hingga tiga bulan, hubungan mama dengan lelaki dia (suspek) sering berlaku pertengkaran mulut akibat perbezaan pendapat dan kurang sefahaman.

‎”Bila sudah selalu bergaduh mama buat keputusan untuk tidak teruskan,” katanya menceritakan konflik pertunangan ibunya yang dipercayai menjadi titik mula kepada tragedi pembunuhan kejam itu.

Menerusi siaran langsung sama, anak mangsa mendedahkan dia sudah menasihati ibunya agar tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki terbabit walaupun sekadar berkawan selepas pertunangan diputuskan.

“Ibu saya bersetuju dan berkata dia akan mengikut nasihat saya serta melakukan apa yang terbaik demi kebaikan bersama.

‎”Tetapi lelaki (pelaku) itu masih masih mengganggu mama, dia tidak menggunakan satu nombor telefon tetapi menghubungi menggunakan enam nombor berbeza,” katanya.

Jelas anak mangsa lagi, mamanya kemudian mengenali seorang lelaki lain dan tidak lama mereka berkahwin pada awal Januari lalu.

Menceritakan sehari sebelum kejadian, anak mangsa berkata, pada Selasa lalu, ibunya menghadiri majlis kenduri sebelum pulang ke rumah dan keluar semula pada sebelah petang selepas memaklumkan mahu berjumpa seseorang bagi urusan tertentu.

“Namun ibu gagal dihubungi. Panggilan telefon dan mesej tidak berjawab malah telefonnya tidak lagi aktif walaupun masa sudah menunjukkan pukul 6 petang.

“Kami mula risau sebab mama biasanya akan telefon kalau sudah lewat. Abang saya tidak tidur satu malam. Setiap setengah jam dia cuba hubungi mama sampai pagi.

‎”Keesokan harinya, keluarga dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang wanita. Hati mula tidak sedap apabila melihat perkongsian di media sosial yang memaparkan sebahagian anggota badan mangsa.

‎”Saya kenal tangan mama saya. Memang itu tangan dia,” ujarnya memaklumkan ‎keluarga kemudiannya dipanggil ke balai polis untuk proses pengecaman sebelum mengesahkan mayat itu adalah ibunya.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, mayat seorang wanita berusia 44 tahun yang dikerat kepada beberapa bahagian dibuang di tempat pembuangan sampah di kawasan Taman Indah Permai, Sepangar.

Bahagian anggota badan mangsa pada awalnya ditemui oleh pekerja lori sampah yang melakukan kerja pembersihan di lokasi tersebut sekitar jam 7 pagi.

Susulan penemuan mayat itu, dua suspek berjaya ditahan dan polis memaklumkan bahawa suspek utama berusia 71 tahun merupakan bekas tunang mangsa.

Kejadian tersebut disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

@sheen_777_ FULL STORY (NO CUT) Anak mangsa menceritakan. @apisssxd Salam takziah 🙏🏻#tiktok #fyp #akakrimau #sabah #indahpermaisepanggar ♬ Sedih Menyayat Hati – Yuda Pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN