fbpx
Tangkap layar CCTV keadaan trafik perlahan di lebuh raya utama negara menuju Pantai Timur, utara dan selatan pada pagi ini.

Trafik perlahan, ramai pakat balik kampung nak puasa Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju Pantai Timur, utara dan selatan dilaporkan perlahan pagi ini, susulan pertambahan kenderaan warga kota pulang ke kampung atau bercuti sempena Tahun Baharu Cina.

Dalam masa sama, pertambahan kenderaan di lebih raya itu juga berikutan umat Islam bakal berpuasa 1 Ramadan pada minggu hadapan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di media sosial, tradik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ke arah Pantai Timur iaitu Gombak ke Genting Sempah serta Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Dalam masa sama, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada laman web LLM turut menunjukkan, trafik perlahan menuju arah utara dan selatan.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan seperti di Rawang, Selangor serta Slim River dan Sungkai, Perak.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pula, trafik perlahan di Sungai Besi, Selangor serta Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Kementerian Kerja Raya memaklumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina akan dilaksanakan selama dua hari iaitu bermula pukul 12.01 tengah malam tadi pada 14 dan berakhir 11.59 malam esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI