fbpx
LILIS Saslinda melakukan pemantauan harga selepas majlis pelancaran SHMMP Tahun Baharu Cina 2026 di Pasaraya Econsave, Muar

Rampasan KPDN Johor lebih RM5.08 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan nilai rampasan berjumlah RM5.08 juta sepanjang tahun 2025.

Menurut Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, rampasan itu merupakan hasil 138,986 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negeri.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,531 kes melibatkan pelbagai kesalahan, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.

“Jumlah rampasan mencecah RM5,087,398 susulan pencapaian penghasilan kes sehingga dua kali ganda berbanding 2024” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 di Pasaraya Econsave, di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang pelaksanaan empat siri SHMMP pada 2025 iaitu sempena Tahun Baharu Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas, sebanyak 1,555 pemeriksaan dilaksanakan di seluruh Johor.

“Sebanyak 382 kes direkodkan dengan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal dikenal pasti sebagai kesalahan tertinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN