fbpx
KELETAH Khawla yang 'all out' untuk satu fotografi kempen baju raya mencuit hati netizen'.

Ernie dah ‘terpelanting’, Khawla semakin menjadi-jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANA tumpahnya bakat kalau bukan pada darah daging sendiri, begitulah yang dapat dilihat pada anak perempuan pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel iaitu Nur Khawla Soleha dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Ernie dan Khawla dilihat sedang menjalani sesi fotografi untuk sebuah jenama fesyen dengan menggayakan baju kurung berwarna hijau.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Khawla yang lincah beraksi persis model cilik dan lebih ‘over’ daripada ibunya.

“Khawla akan jadi bintang satu hari nanti, berdarah seni sungguh!

“Dia memang extrovert, memang warisi perangai Ernie dengan Syamel. Comel betul ‘posing’, kalah Ernie!” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI