fbpx
Amirudin ketika mempengerusikan MKN Selangor, petang tadi.

Selangor aktifkan JKD tangani isu rumah ibadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menetapkan prosedur tegas termasuk mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) di semua daerah bagi menangani isu rumah ibadat yang menimbulkan keresahan awam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu susulan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor yang dipengerusikan beliau yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Panglima Markas 11 Bridged, Yang Dipertua Majlis, dan Pegawai Daerah berkenaan tahap keselamatan awam negeri.

Katanya, antara ketetapan yang dibuat adalah pemilik tanah yang mengalami pencerobohan perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan pendakwaan diambil jika terdapat kesalahan.

Pemilik tanah juga perlu mengemukakan notis rasmi kepada pihak terlibat serta memaklumkan Pejabat Daerah.

“JKD yang dipengerusikan Pegawai Daerah telah diaktifkan di semua daerah dan akan bertindak sebagai pengantara dengan memanggil pemilik tanah, wakil rumah ibadat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mencari penyelesaian munasabah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Amirudin menegaskan, sekiranya rundingan gagal, JKD akan menasihatkan pemilik tanah meneruskan proses mahkamah.

“Pendekatan ini memastikan semua tindakan melibatkan pihak berkuasa dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mencetuskan rusuhan,” tambahnya.

Beliau memaklumkan, PDRM kini sedang menyiasat insiden di Rawang semalam dan kes itu akan melalui proses undang-undang sewajarnya.

Ujarnya, kejadian tersebut menimbulkan kegusaran rakyat dan perlu ditangani segera bagi bagi mengelakkan sebarang insiden yang boleh menggugat keharmonian negeri atas faktor kaum dan agama.

“Secara keseluruhannya, terdapat dua isu utama dengan prosedur sedia ada dipertingkatkan termasuk tindakan lebih tegas oleh PBT dan pengukuhan Tatacara Pengendalian Piawai Jawatankuasa Rumah Ibadat Lima Agama Selangor bagi rumah ibadat di tanah kerajaan negeri.

“Bagi rumah ibadat di tanah persendirian, pemilik tanah perlu melantik peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sebarang pengosongan atau perobohan boleh dilakukan.

“Semua pihak tidak boleh mengambil tindakan sendiri tanpa melalui proses mahkamah. Ini berdasarkan Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkait tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI