fbpx
Fadhlina.

RM105,000 untuk masjid, surau Nibong Tebal imarah Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 21 masjid dan 63 surau di Parlimen Nibong Tebal menerima sumbangan berjumlah RM105,000 bagi mengimarahkan sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek pada Majlis Penyerahan Sumbangan Iftar Madani di Masjid As-Solihin, Kampung Kepala Gajah, hari ini.

Menurutnya, setiap masjid menerima sumbangan sebanyak RM2,000 manakala surau pula menerima RM1,000 bagi menyokong penganjuran pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang Ramadan.

“Kita mahu memastikan masjid dan surau di Nibong Tebal terus aktif dengan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Tambah Fadhlina, pihaknya turut komited memperkasa syiar Islam di kawasan Parlimen berkenaan melalui pelbagai inisiatif pembangunan infrastruktur rumah ibadat.

“Sepanjang tahun 2025, sebanyak RM750,000 telah diperuntukkan bagi tujuan naik taraf masjid dan surau di seluruh Parlimen Nibong Tebal.

“Antara kerja yang telah dilaksanakan termasuk pemasangan karpet baharu serta naik taraf ruang solat dan tandas,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan surau sementara di tapak pembinaan Masjid Taman Halaman Indah, iaitu Surau Al-Munauwwarah, telah siap sepenuhnya dan sedia digunakan oleh penduduk setempat sepanjang Ramadan ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ramli serta pengerusi masjid dan surau seluruh Parlimen Nibong Tebal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI