fbpx
Info grafik dikongsikan JPN di Facebook. - Gambar hiasan

Dulu nama anak Kamarudin, Mustapha…sekarang Rayyan, Nayla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jika dahulu nama seperti Kamarudin, Baharudin, Osman dan Mustapha menjadi pilihan utama ibu bapa, kini trend itu semakin berubah apabila nama moden seperti Aariz, Rayyan dan Nayla semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu.

Perubahan itu dapat dilihat menerusi perkongsian grafik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memaparkan perbandingan trend nama bayi dahulu dan kini mengikut peredaran zaman.

Menurut grafik tersebut, sebelum tahun 2000, kebanyakan ibu bapa cenderung memilih nama berunsur warisan seperti Kamarudin, Baharudin, Osman, Mustapha, Kassim, Zainal dan Salleh.

Nama-nama berkenaan lazimnya bersifat penuh dan klasik selain dipengaruhi warisan keluarga. Ia juga sarat dengan nilai budaya serta tradisi yang mencerminkan identiti masyarakat pada ketika itu.

Bagaimanapun, trend semasa menunjukkan perubahan ketara apabila ibu bapa generasi baharu lebih gemar memilih nama yang lebih ringkas, moden dan mempunyai bunyi antarabangsa.

Antara nama yang semakin popular ketika ini ialah Aariz, Danish, Rayyan, Aydan, Zayn, Arissa, Nayla dan Kiara.

Ciri-ciri nama kini juga dilihat lebih pendek dan moden, selain menggunakan ejaan yang lebih ringkas serta kreatif bagi memudahkan sebutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN