fbpx
Mohd. Isa (duduk belakang) ketika dibawa keluar dari Istana Kehakiman hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Mohd. Isa tinggalkan mahkamah ke penjara Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meninggalkan Istana Kehakiman di sini bagi menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.

Mohd. Isa, 77, yang kelihatan tenang meninggalkan mahkamah pukul 3.25 petang dengan menaiki kenderaan polis selain diiringi beberapa anggota.

Sebelum itu, isteri bekas pemimpin veteran UMNO itu, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid kelihatan menangis sambil ditenangkan ahli keluaga terdekat sebelum suaminya dibawa masuk ke lokap mahkamah sejurus panel selesai bersidang.

Ketika ditemui wakil media ketika berjalan keluar meninggalkan kamar mahkamah, Bibi Sharliza berkata, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang komen terhadap keputusan itu.

Terdahulu Mohd. Isa diperintah menjalani hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Persekutuan di sini atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Nordin selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu untuk mensabitkan Mohd. Isa, 77, terhadap sembilan pertuduhan itu selain mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf ketika membebaskan responden sebelum ini.

Justeru dengan sabitan dan hukuman itu, mahkamah tertinggi negara mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Mohd. Isa termasuk hukuman yang dijatuhkan.

Pada masa sama dengan keputusan itu, Mohd. Isa ke penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN