fbpx
Tangkap layar lelaki buat benda tidak senonoh dalam seminar SPM di sebuah universiti swasta.

Lelaki ditahan berkelakuan tidak senonoh di seminar SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berhubung laporan kelakuan tidak senonoh yang didakwa berlaku semasa seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu lalu.

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an ditahan oleh polis IPD Cheras di kawasan Sri Petaling, semalam.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Orang kena tuduh telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 11 Februari 2026 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular lelaki berkelakuan tidak senonoh semasa satu seminar untuk pelajar tingkatan empat dan lima yang diadakan di universiti swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN