fbpx
Ishak (tengah) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas di dalam sebuah kereta pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

59 kg ganja dalam bungkusan baju bundle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Tanda tanya mengenai sebuah kereta yang ditinggalkan lebih 24 jam di kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini terjawab apabila pihak berkuasa menjumpai hampir 59 kilogram (kg) ketulan ganja mampat dalam bungkusan baju terpakai di dalam kenderaan itu baru-baru ini.

Rampasan dadah bernilai lebih RM182,481 itu dijalankan pada pukul 5.30 pagi, 25 Januari lalu selepas anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor memeriksa sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Pemangku Pengarah JKDM Kelantan, Dr. Ishak Ismail berkata, pada mulanya anggota penguat kuasa mengesan kereta tersebut ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan dekat zon bebas cukai itu.

Pemeriksaan lanjut dengan bantuan anjing pengesan Unit Narkotik Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang membawa kepada penemuan hampir 59 kg ketulan ganja yang disorokkan bersama bungkusan baju bundle bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Sindiket menyeludup masuk dadah ke negara ini melalui Sungai Golok,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Ishak berkata, pihaknya melakukan intipan terhadap kereta itu selama tiga minggu sebelum menjalankan serbuan dan siasatan mendapati Perodua Bezza tersebut disewa sindiket untuk membawa kesemua dadah berkenaan dari negara jiran.

Tambahnya, JKDM Kelantan giat memburu suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI