fbpx
Keluarga mangsa wanita yang hadir di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Bakar arang tamatkan riwayat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sepasang kekasih yang ditemukan reput di rumah sewa mereka di U13, Setia Alam di sini didakwa menamatkan riwayat mereka menggunakan pembakaran arang.

Perkara itu dimaklumkan kenalan salah sebuah keluarga mangsa yang datang bagi proses pengurusan mayat.

Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu memberitahu, kedua-dua mangsa merupakan peniaga dalam talian dan dipercayai tinggal di rumah tersebut sejak tiga bulan lalu.

“Mereka disyaki bunuh diri dengan membakar arang. Saya datang untuk membantu (proses) pengurusan mayat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Bagaimanapun usaha untuk menemu bual keluarga mangsa gagal kerana mereka enggan memberi kerjasama.

Difahamkan, mayat mangsa lelaki akan dibakar di daerah ini sebelum dibawa ke kampungnya di Pulau Pinang, manakala mayat wanita pula dihantar ke Taman Memorial di Setia Alam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, mayat pasangan itu ditemukan dalam bilik di tingkat bawah dalam keadaan telah mereput.

Tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan kedua-dua si mati. Mereka dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI