fbpx
Tangkap layar kejadian berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9, Cheras semalam.

Peniaga ditahan pukul, ugut warga emas selepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki hilang pertimbangan apabila mengugut dan memukul pesara sehingga cedera selepas mendakwa warga emas itu cuba melarikan diri dalam kejadian kemalangan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 69 tahun pada pukul 4.49 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kemalangan kecil melibatkan kenderaan mangsa dan suspek. Susulan kejadian itu, suspek yang merupakan peniaga berusia 52 tahun ditahan pukul 11.30 malam di Kajang.

“Lelaki itu direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan R. Ganesan di talian 0126089180 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki bertindak kasar termasuk menendang dan memukul warga emas yang berada di sebuah kenderaan.

Lelaki itu mendakwa individu tersebut yang memandu kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri selepas melanggar kenderaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN