fbpx
HAALAND dianggap antara penyerang berkelas dunia tetapi belum pasti diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Liverpool. - AFP

EPL: Man. City ‘goyang’ aura Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap Anfield sebagai ‘venue berhantu’ dan kini menuntut pemainnya bersedia dengan lebih rapi dalam aspek fizikal serta mental.

Di sebalik isu kecederaan yang melanda pasukan, Guardiola mengakui Anfield sentiasa menjadi venue sukar dan cabaran besar menanti pemainnya untuk meraih keputusan positif bagi mengekalkan tekanan kepada Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Guardiola mengakui perhitungan tengah malam ini akan menjadi lebih mencabar kerana The Reds juga terdesak untuk memastikan tiga mata bagi memperbaiki kedudukan sekali gus mencerahkan harapan mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Anfield sentiasa menjadi tempat yang sukar terutamanya jika mengambil kira kualiti pemain dan pengurus yang Liverpool ada. Tidak boleh diragukan lagi mereka pasukan yang bagus.

“Mereka sentiasa kekal pasukan yang bagus dan saya juga sentiasa cuba cari peluang untuk menyaksikan mereka bermain bagi dapatkan gambaran apa yang saya perlu buat atau lakukan perubahan.

“Tetapi ini adalah Anfield yang menuntut aksi terbaik dan memerlukan personaliti besar daripada pemain. Saya sudah katakan, ia tidak hanya berkisar tentang kemahiran pemain kerana tiada seorang pun pemain yang tidak bagus dalam sesebuah pasukan besar,” katanya.

Dalam masa sama, Guardiola masih belum ada jawapan jelas tentang kedudukan sebenar penyerang sensasinya, Erling Haaland dan ia hanya akan ditentukan pada hari perlawanan nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN