fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang remaja lelaki sebak memeluk kudanya buat kali terakhir.

[VIDEO] ‘Pandai Buraq balas pelukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan seorang remaja lelaki memeluk kuda yang sakit kerana terpaksa berpisah dengan haiwan itu mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @rayna.aronia, lelaki tersebut dilihat memeluk seekor kuda berwarna putih yang berada di dalam kandang.

Lebih menyayat hati, haiwan itu seolah-olah membalas kembali pelukan dengan meletakkan kepala atas bahu lelaki tersebut.

“Sedihnya tengok anak buah aunty (mak cik) ini terpaksa berpisah dengan kuda. Nama kuda ini Buraq, Buraq dah lama sakit. Kali ini Buraq betul-betul sudah tidak boleh dirawat. Tulang rawan sudah berlubang, tunggu masa nak retak,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut meraih perhatian pengguna media sosial dengan rata-rata mereka meluahkan rasa sebak melihat kasih sayang antara pemiliknya dan kuda tersebut.

“Kuda sebenarnya manja mengalahkan kucing. Bila macam ini rasa nak pecah dada. Semoga Allah dan masa menjadi penawar bagi hati yang sedih,” komen Jiwa Lara.

“Pandainya kuda balas pelukan pemiliknya. Sedihnya,” kata NZS.

“Saya sebak tengok ni. Tengoklah betapa indahnya kasih sayang haiwan kepada manusia. Sebak, patah hati saya tengok video ini,” komen Fariza Ishak. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN