fbpx
UNITED ketika ini sudah mencatat tiga kemenangan berturut-turut dengan menewaskan City, Arsenal dan Fulham. - MAN. UNITED

EPL: Man. United makin ghairah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick memberi amaran keras buat barisan pemain supaya tidak memandang rendah keupayaan Tottenham Hotspur walaupun pasukan itu bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, skuad The Red Devils menghuni tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan ke atas Manchester City, Arsenal dan Fulham, sekali gus memberikan permulaan sempurna buat Carrick yang menggantikan posisi Ruben Amorim, bulan lalu.

Kini, Carrick tekad untuk membantu United meraih kemenangan keempat berturut-turut tetapi menyeru anak-anak buahnya waspada kerana Spurs memiliki ancaman tersendiri menjelang aksi kedua-dua pasukan, malam ini.

“Saya jangka ini perlawanan yang sengit kerana cara Spurs menamatkan perlawanan menentang Manchester City minggu lalu sangat hebat walaupun pasukan berdepan banyak kecederaan.

“Sekarang, mereka sudah kembali bangkit dan lawan juga memiliki ramai penyerang berkualiti yang boleh menghukum pasukan pada bila-bila masa.

“Ini adalah aksi yang berbeza berbanding dengan apa yang telah kita hadapi dan saya harap pasukan dapat mampu kutip tiga mata penuh,” katanya.

Mengulas lanjut, Carrick memberi bayangan beberapa pemain yang disisihkan daripada kecederaan seperti Mason Mount dan Matthias De Ligt sudah pulih tetapi masih dalam fasa mendapatkan kecergasan penuh.

“Buat masa ini, Mount mungkin dapat diserapkan dalam skuad utama lebih awal berbanding De Ligt. Kita harap kedua-dua pemain ini dapat kembali bersama pasukan secepat mungkin dan saya positif proses pemulihan ini tidak mengambil masa yang lama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN