fbpx
Asyraf Wajdi

Lebih 45,000 rayuan MRSM diterima, kekosongan hanya 250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan lebih 45,000 rayuan diterima bagi kemasukan tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi mengisi 250 kekosongan.

Menurut beliau, jumlah permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu di institusi pendidikan tersebut pada tahun ini disifatkan sebagai luar biasa.

“Amat sedikit yang menolak tawaran. Syukurlah bagi (pelajar) yang berjaya, buat yang gagal ada hikmah lain Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, penempatan untuk pelajar tingkatan satu di 58 buah MRSM di seluruh negara dianggarkan 7,580 orang, sedangkan permohonan yang diterima berjumlah lebih 100,000.

“Bila sudah daftar, ada yang tolak dan buat keputusan keluar (MRSM). Jumlah akhir yang keluar dan menolak tawaran hanya 250 orang, sedangkan yang merayu lebih 45,000 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI