fbpx
PASUKAN bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran di Kota Syahbandar, Melaka, hari ini.

Kebakaran di Kota Syahbandar merebak 3.2 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kebakaran belukar, serta longgokan kayu dan tayar di Kota Syahbandar di sini sejak tengah hari tadi merebak meliputi kawasan seluas 3.2 hektar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, sehingga kini seramai 26 anggota sedang bertungkus-lumus mengawal kebakaran.

Katanya, operasi pemadaman melibatkan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Tangga Batu, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.28 tengah hari dan setibanya di lokasi kita dapati berlaku kebakaran longgokan kayu dan tayar terpakai yang kemudiannya merebak ke kawasan belukar berhampiran.

“Anggaran keluasan kebakaran ketika ini adalah sekitar lapan ekar dan operasi pemadaman dilaksanakan bagi mengawal kemerebakan api,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, operasi kebakaran dilaporkan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.59 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI