fbpx
Peristiwa penting Fenomena Langit Februari bakal berlaku sepanjang bulan ini. Foto FACEBOOK JAKIM

Fenomena Zuhal ‘jumpa’ Neptun 20 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertemuan planet Zuhal dan Neptun selain bulan perigee antara beberapa peristiwa menarik dalam Fenomena Langit Februari yang bakal berlaku sepanjang bulan ini.

Bukan itu sahaja, fenomena ini turut melibatkan cerapan hilal (anak bulan) Ramadan bagi umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Menerusi poster Almanak Astronomi dikongsikan pada Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini, berlaku bulan penuh fasa purnama pada 2 Februari lalu yang mana bulan mencapai fasa purnama sepenuhnya pada pukul 6.09 pagi.

Seterusnya pada 9 Februari ini yang mana bulan sukuan akhir pada pukul 8.43 malam dan pada 17 Februari pula, bulan baru iaitu cerapan hilal Ramadan 1447 Hijrah di 29 tapak cerapan rasmi di seluruh negara bermula selepas maghrib 8.01 malam.

Pada 19 Februari pula, elongasi maksimum Utarid iaitu Bumi berada 18 darjah dari matahari, memudahkan urusan cerapan di langit.

Tarikh 20 hingga 21 Februari pula menyaksikan pertemuan Zuhal dan Neptun yang berada pada jarak sudut sangat dekat iaitu 0.8 darjah.

Kemudian, pada 24 Februari berlaku bulan sukuan awal, manakala pada 25 Februari menyaksikan bulan perigee iaitu kedudukan bulan paling hampir dengan bumi (363,306 kilometer) dalam buruj taurus.

Sementara itu, Jakim mengajak umat Islam merenung kebesaran Allah melalui alam ciptaan-Nya.

“Kemuncak 17 Februari, hari cerapan hilal Ramadan 1447H di 29 lokasi rasmi seluruh negara bagi penentuan awal puasa. Walaupun gerhana matahari cincin berlaku pada hari sama (tidak kelihatan dari Malaysia), ia tetap menjadi tanda kekuasaan Allah.

“Sama-sama kita doakan urusan cerapan dipermudah dan dipertemukan dengan Ramadan penuh barakah,” menurut hantaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN