fbpx
EMERY berjaya membantu Villa mencapai prestasi terbaik menyebabkan Real berminat untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

Emery tuntut enam perkara ke Santiago Bernabeu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengurus Aston Villa, Unai Emery dilapor melakukan perjumpaan kedua bersama pihak pengurusan Real Madrid ketika beliau dianggap calon terbaik untuk mengemudi pasukan itu menggantikan Alvaro Arbeloa.

Real sebelum ini memecat Xabi Alonso kerana dikatakan gagal mengawal bilik persalinan kelab itu dan Arbeloa juga berdepan situasi yang sama selepas tersingkir daripada saingan Piala Raja Sepanyol dan gagal layak secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara.

Situasi tersebut menyebabkan Real berpendapat bahawa Emery adalah calon yang lebih baik selain memiliki beberapa pilihan lain termasuk Jurgen Klopp dan Joachim Low.

Prestasi terbaik Emery di Villa Park sejak tiga musim lalu menarik minat Real, namun pengendali dari Sepanyol itu membuat enam tuntutan sekiranya kelab itu mahu menggunakan khidmatnya musim depan.

Menerusi rundingan kedua yang berlangsung itu, Emery dikatakan mahu Real menandatangani dua pemain yang diinginkannya dan melepaskan empat pemain yang kini sedang beraksi bersama kelab itu.

Emery dilapor enggan Jude Bellingham dan Trent Alexander Arnold berada dalam skuad kendaliannya di Santiago Bernabeu kerana mereka dianggap sebagai toksik sehingga menyebabkan Alonso dipecat.

Selain itu, beliau juga turut menggesa kelab itu mencari pembeli baharu untuk dua pemain pertahanan, Ferland Mendy dan Antonio Rudiger yang perlu meninggalkan kelab itu sekiranya mahu untuk beliau berada di sana.

Bagaimanapun, Emery menuntut kelab itu mengeluarkan dana bagi mendapatkan dua pemain yang diinginkannya dan salah satu daripada mereka adalah pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN