fbpx
Ketiga-tiga suspek dibawa reman di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Warga Myanmar antara tiga direman kes ibu tunggal maut dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang dipercayai maut dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth di sini, semalam.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal di Mahkamah Majistret Butterworth, tengah hari tadi.

Tempoh reman bermula hari ini hingga 11 Februari depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang masing-masing berusia 40-an dibawa ke mahkamah dalam keadaan tangan bergari dan baju lokap berwarna jingga dengan diiringi anggota polis pada pukul 11.35 pagi tadi.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu tunggal berusia 41 tahun ditemukan maut selepas dipercayai dikelar pada leher dalam kejadian di rumahnya.

Mayat mangsa dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik tidur kediamannya di aras satu flat berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI