fbpx
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai maut dibunuh di Kediamannya di Flat Sri Murni, Butterworth, semalam.

Dua kenalan ditahan bantu siasatan kes kelar ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Polis menahan dua kenalan wanita yang maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Sri Murni, Butterworth di sini, petang semalam.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Kosmo! Online, hari ini.

Menurutnya, penahanan ke atas dua lelaki tersebut dilakukan sejurus polis menerima maklumat berhubung kematian mangsa yang merupakan ibu tunggal berusia 41 tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan dan akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita masih mengumpul maklumat dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 tahun dan tinggal bersamanya. Tambah beliau, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Kepala batas.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang ibu tunggal ditemukan maut selepas dipercayai dikelar pada leher dalam kejadian di rumahnya, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI