fbpx
GJurugambar tanpa permit yang menjalankan kegiatan mengambil upah ambil gambar di sekitar kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menerima padah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas penguatkuasaan, semalam.

DBKL kompaun jurugambar haram KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – ‘Jurugambar haram’ yang aktif mengambil upah merakam gambar di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini dikenakan tindakan dalam operasi penguatkuasaan khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Operasi yang dijalankan di sekitar Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee semalam menyasarkan individu yang menjalankan aktiviti fotografi secara komersial tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

DBKL berkata, sebanyak 14 notis kompaun dikeluarkan ke atas jurugambar tersebut yang didapati melanggar Undang-Undang Kecil 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2026.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati terdapat warga asing yang menjalankan aktiviti tersebut tanpa permit sah.

“Sebanyak enam tindakan sitaan dilaksanakan ke atas peralatan fotografi yang digunakan oleh jurugambar bukan warganegara terbabit,” katanya.

DBKL menegaskan, sebarang aktiviti perniagaan di kawasan awam termasuk perkhidmatan fotografi perlu mematuhi peraturan dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa.

Tambahnya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan serta ketenteraman warga kota sentiasa terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN